February 24, 2012

satu ketika



Tadi time tengah online Facebook, saja lah bukak balik album lama lama. Lepastu ternampak lah gambar aku dengan mak aku. Dan dan lah rasa rindu. Padahal minggu lepas dah jumpa. Tapi jumpa pun tak lama mana sebab sibuk tolong kawan aku, kat rumah dia ada majlis kahwin. Kakak dia yang kahwin tapi macam kenduri dia pulak. Habis kawan-kawan kami kena kerah tenaga tolong. Tapi takpa, pengalaman kan semua tu. Yang penting ikhlas.


xxx


Teringat lagi aku masa aku tadika dulu. Time tu adik pun baru sorang. Tu pun nenek aku yang jaga. Memang manja lebih lah aku dengan mak aku. Time pagi pagi, masa mak aku nak hantar pergi tadika, dari rumah sampai sekolah mak aku mengajar, aku boleh tibai tidur sepam dua dulu. Bukan jauh pun. 5 kilometer adalah kot. Tadika aku masuk pukul 8 pagi. Mak aku mengajar sekolah rendah lagi time tu. Waktu standard masuk mesti 7.30 pagi kan. Jalan nak ke tadika aku dengan sekolah mak aku tu satu hala je, satu jalan. So memang kena ikut sekali lah time mak aku nak pergi kerja. Takde sapa nak hantar aku pergi tadika. Ayah aku awal-awal lagi dah gerak. Sekolah dia jauh lagi. Lagipun ayah aku ni jenis pergi kerja awal. Tak paham betul. Nak bukak gate sekolah gamaknya. (Ayah, kalau baca ni, gurau je ye. Hehehe) Okay, sambung cerita. Paling lambat pun sampai sekolah mak aku dalam pukul 7.25 pagi lah. So ada 35 minit lagi boleh tidur.


"Jomlah mak hantaq pi tadika. Satgi mak nak masuk mengajaq dah."

"Takmau, awai lagi. Nak tidoq lagi."

"Jomlah, abang baik kan? Jom mak pi hantaq."

"zzzzzzzzzz".


Tiap-tiap pagi dialog ni lah yang selalu dok ulang dalam kereta. Dah nama pun mak kan, mengalah jugaklah demi anak. Time tu aku tak pikir apa pun. Kurang cerdik lagi kan. Yang penting aku dapat tidur, settle. Dan tiap-tiap pagi jugaklah mak aku terpaksa keluar sekejap dalam pukul 8 pagi tu semata mata nak hantar aku pergi tadika. Beliau pinjam basikal anak murid dia, kayuh hantar aku. Tak jauh pun, pergi balik dalam 5 minit. Tiap tiap pagi, drama macam ni lah yang berlaku. Yang bestnya, Guru Besar tak marah pulak mak aku dok keluar pergi hantar aku (seingat aku lah). Mungkin beliau paham kot, budak budak kan, mana tau apa. Tapi kadang kadang tukang kebun sekolah pergi hantar aku. Aku tak minat sangat pak cik tu, kayuh basikal cepat sangat. Pejam celik, dah sampai tadika. No fun lah pak cik tu!.


xxx


Ada satu lagi cerita pasal mak aku. Time ni aku dah masuk sekolah rendah. Yang bestnya, aku sekolah sama dengan sekolah yang mak aku mengajar. Dan bertambah best adalah time rehat.


"Mak, duit abang habis. Nak lagi."

"Eh, beli apa sampai habis? Takkan tak cukup mak bagi pagi tadi?"

"Tak cukup. Tadi beli nasik lauk ayam. Lepastu ayaq. Ni nak beli aiskrim pulak"

"Haa, ambik ni. Guna elok-elok. Jangan bagi habis. Mak takmau bagi dah."


Time tu je mak aku cakap macam tu. Habis sekolah, aku pergi mintak lagi. Buat bekal balik rumah.


xxx


Tujuan aku tulis ni bukan apa. Bukan nak tunjuk aku ni anak manja atau aku ni anak menyusahkan mak atau pun anak yang mengada-ngada. Tapi nak tunjuk kat korang besarnya pengorbanan mak kat kita. Mungkin ada yang lagi besar pengorbanan mak korang dari mak aku. Tapi tu tolak tepi. Point aku nak cakap adalah, pengorbanan mereka, pengorbanan seorang ibu. Mereka tak pernah pun merungut, cakap belakang pasal nak besarkan kita. Cuma mereka selalu pesan, "bila dah besar, bila dah berjaya, jangan lupa mak". Ada tak? Mustahil lah takde. Mereka bukan ungkit jasa mereka tapi mereka mahu kita ingat, kenang sampai mati jasa mereka. Aku tengok sekarang ni, ramai yang buat tak hirau kat mak diorang. Layan cincai je. Tak nice lah macam tu. Kesian kat mereka. Berdosa besar tu. Dalam Islam pun ada cakap, antara mak dengan ayah, kita perlu hormat mak dahulu. Kalau jadi suami pulak, mak still paling atas. Lepastu baru isteri.

Okay, aku stop sini dulu lah. Aku pun nak menitik air mata jugak ni teringat kisah dulu. Apapun, marilah kita doa kan kebahagiaan dunia akhirat, panjang umur, baik kesihatan kat mak kita. Aminnn.



Mak, i love you. Thanks for everything!





p/s: Aku dengar, kalau dalam sehari tak doa kan ibubapa dikira anak derhaka. Betul ke? Betulkan aku kalau silap fakta.



January 11, 2012

Cinta sejati?

Rokok di celah hujung jari telunjuk dan jari hantu masih berasap. Suasana di kedai mamak memang riuh. Bingit. Dah nama pun kedai mamak, bukannya tapak perkuburan nak sunyi sepi. Namun, dalam riuh itu, terdapat dua anak muda sedang berbicara. Riak wajah masing-masing serius. Ketat.


"Memang betul apa kau cakap tu, tapi aku masih sayangkan dia lah. Kau tak faham apa yang aku rasa" balas Yazid. Husin hanya senyum mendengar jawapan kawannya itu. Ya, betul kawannya itu baru putus cinta. Baru sangat, seminggu yang lepas. "Aku faham, aku faham. Aku pun pernah rasa. Impact aku putus cinta dulu lagi teruk dari kau. Kau ingat lagi tahun lepas? Badan aku susut gila. Dah macam penagih lepas aku dengan ex-girlfriend aku break. Kurus kering." Yazid sekadar menganggukkan kepala tanda dia masih ingat. "Kau nak macam tu?" sambung Husin. "Kau cakap senang lah Sin. Kau dah ada pengganti sekarang" jawab Yazid. "Masalah sekarang bukan ada pengganti atau tak. Masalahnya kau tu. Terlalu fikir sangat fasal hal ni. Kau nak rosakkan masa depan kau ke? Panjang lagi bro masa depan lu. Jauh sangat lagi. Takkan sebab dia, kau dah taknak hidup?" ujar Husin. "Takde lah sampai macam tu. Aku boleh lagi fikir bro" jawab Yazid. Dia merapatkan jari kirinya ke mulut. Puntung rokok bersentuh dengan bibir. Ditariknya dalam. Hembusan asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.


Husin mendapatkan gelas berisi Teh O Ais Limau ke mulut. Terasa basah bila air mengalir di alur anak tekak. Diletakkan kembali gelas itu di atas meja. "Okay, sekarang aku nak tanya kau. Kau betul sayang dia?" tanya Husin. "Sudah tentulah kawan. Apa punya soalan ni?" balas Yazid. "Okay, kau ada contact dia lepas korang break?" tanya Husin lagi. "Ada. Tanya khabar, wish her goodluck for exam and test. Sembang kat Facebook" ujar Yazid. "Siapa yang start contact dulu? Maksud aku siapa yang tegur dahulu? Kau ke dia?" tanya Husin. Kali ni pertanyaannya bersertakan riak wajah serius. "Aku" Yazid jawab ringkas. "Dah agak dah. Sepanjang korang sembang, ada dia tanya kau sihat ke tak? Tanya khabar kau? Macam mana study kau? Bila kau exam, test? Wish goodluck untuk test, exam kau? Ada dia buat macam tu?." Pertanyaan Husin kali ni membuatkan Yazid terdiam. Terkelu lidah. Macam kena pasung.


Husin hanya senyum. "Kau tak payah jawab. Aku dah tahu jawapannya. So sekarang kau boleh nampak kan macam mana. Dia langsung tak ambil tahu pasal kau. Kau je yang terhegeh-hegeh kat dia. Dia dah bahagia dengan dunia baru dia. Dia dah jauh move on. Kau je kat takuk lama. Aku bukan nak burukkan dia, tapi kau tu yang patut fikir benda ni baik-baik. Untuk masa depan kau ni." Suara Husin agak tegas. Yazid masih lagi membisu. Rokok di jarinya dirapatkan ke bibir. Asap bertempiaran keluar dari mulutnya. "Kau tak tahu Sin sakit hati ni macam mana. Aku sayang dia sangat. Cinta sejati ni." Yazid kembali bersuara. "Itu bukan cinta sejati bro, itu cinta bodoh. Kau je yang tergila-gilakan dia. Dia sikit pun buat tak heran kat kau. Kau kena faham. Dia cuba bina hidup baru tanpa kau. Aku bukan nak burukkan dia. Seriously aku suka kat dia. Tapi itulah, jodoh korang tak lama. Mungkin sekarang dia bukan jodoh kau." Husin membalas. "Aku bukan tak boleh terima kenyataan bhai tapi aku rasa boleh baiki kot kami punya relationship. Aku selalu fikir kenapa awal sangat aku jumpa dia" balas Yazid. "Ya, aku tahu. Macam aku cakap tadi lah, dia cuba bina hidup baru. Hidup tanpa kau. Dia bukan jodoh kau buat masa sekarang ni. Mungkin kau akan jumpa lagi bagus dari dia. Siapa tahu? ALLAH dah tetapkan semua ni. Ataupun mungkin lepas ni kau dah kerja, dia kembali kepada kau. Dia tetap jadi milik kau jugak kan? Sebab tu orang tua selalu cakap, kalau dah jodoh tak ke mana. Buat masa sekarang ni, kau kena terima hakikat yang dia bukan milik kau. Kau kena ingat tu."


Yazid memandang kipas melekat kaku di siling kedai mamak tu. Ditariknya nafas sedalam mungkin. Berat hatinya menerima kenyataan. Tapi itulah hakikat terpaksa dia tempuh. Pedih, perit, pahit. "Satu je sekarang ni aku minta dari kau. Kau jangan mudah mengalah. Itu bukan sifat Yazid yang aku kenal. Yazid yang aku kenal ni kental orangnya. Kau teruskan hidup kau. Biar berjaya. Kalau betul kau sayangkan dia, bila kau dah berjaya nanti, kau masuklah meminang dia. Itu cara paling elok. Biar dia nampak yang kau ni betul-betul sayangkan dia. Tapi biar lah kau mampu nak jaga anak dara orang. Biar kau selesa dulu, dah kerja apa semua" nasihat Husin. Yazid masih lagi terdiam. Rokok kelima dikeluarkan dari kotak rokok yang berada di atas meja. Dinyalakan api lalu dibakarnya rokok yang bertenggek di atas bibir. Dihembus keluar asap. Dalam hatinya, "Aku akan cari kau nanti. Aku harap kau tunggu. InysaAllah."


December 27, 2011

2011

Assalamualaikum.

Lama aku tak buang masa kat sini. Biasa lah, busy. Kehkehkehkeh. Aku ingat kali ni nak tulis rangkuman 2011. Konon-kononnya. Cadang nak tulis 31hb ni, tapi takut umur tak panjang, post lah siap-siap. At least, tercapai jugak lah hajat aku. So, sapa-sapa nak baca, teruskan. Taknak baca, teruskan jugak. Terus tutup tab ni. Hahahahaha.

Aku rasa tahun ni memang tahun paling banyak dugaan bagi aku. Lepas satu, satu masalah datang. First sekali, pasal gig. Tahun ni jugak aku kurangkan aktiviti memeriahkan scene-scene gig. Lama aku "puasa" benda ni. Last aku pergi time DSD1 (29 Januari). Lepastu stop pergi mana-mana event. Banyak lah event best aku tak join contohnya time ESTK turun dulu. Oleh kerana lama sangat "puasa", aku jejak kaki balik pada 8 Oktober. Event besar terus, Rockaway 2011 bhai! The Used, Story of The Year, All Time Low turun pulak! Memang pergi lah. Kena pulak baru lepas exam. Bertambah canteppp! Then, 30 Oktober tu jugak, aku pergi PSD Invasion Tour. Event superb, band gempak, tapi paling penting FREE habaq hang! Lepastu, aku tak pergi dah. So, kesimpulannya, tahun ni hanya 3 kali aku headbang.

Lepastu, aku hilang 2 orang kawan tahun ni. Bukan mati jumpa tuhan, tapi mati dari pandangan. Maksudnya, putus kawan. Nak cakap banyak pun tak guna. Masing-masing dah besar. Dah boleh pikir mana baik, mana buruk. Kalau "kawan" aku baca post ni, aku hanya nak cakap, tolak lah tepi ego kau tu. Tak kemana lah. Sayanglah, kita dah kenal dari form1. Susah senang sama-sama. Takkan hal bodoh pun kau sanggup putus kawan. Buat "kawan" sorang lagi, harap kau berubah doe. Kami yang lain takde nak diskriminasi taraf kehidupan ni. Takde nak buat cerita bagi nampak gah depan kawan. Buat apa nak bangga dengan bukan harta kita. Apa yang kau ada, cukup lah. Buat apa nak malu sampai tipu sana sini.

Study. Ni satu lagi masalah. Tahun ni memang tunggang langgang. Berterabur study aku. Aku tak tahu kenapa. Memang barai. Result pun macam taik. Aku tak tahu mana salah aku. Nak cakap banyak pun tak guna. Nanti ada yang cakap tak boleh terima kenyataan. Sekarang ni, aku buat je yang mana mampu. Kalau ada rezeki, adalah. InsyaAllah.

Last sekali, masalah ni hanya orang-orang tertentu je tau. Malas aku nak cerita. Sakit dia tuhan je tau. Baru sangat lah jadi. Tak sampai sebulan lagi dari tarikh aku tulis ni. Aku cuba tolak tepi masalah ni. Cuba buang, cuba elakkan masuk dalam hidup aku. Tapi tak boleh. So, aku diamkan diri sementara waktu. Aku lebih rela mati, dari "hidup bagaikan orang mati". Hati mati sakit bhai. Kau hidup tapi hati kau mati. Macam mana tu? Sakit bukan?

Aku pun taktau apa aku post ni. Sampah ni. Takpayah lah baca. Sorry ambil masa kau baca sampah ni. Dan sorry jugak dari semua aspek; cara tulis, bahasa, layan orang. Minta maaf awal-awal. Takut tak sempat. Nyama sekarang kan senang kena tarik. Sana sini ada orang mati. Apa-apa hal, Selamat Tahun Baru. Semoga tahun hadapan membawa kebahagiaan kepada aku dan kau (sapa yang baca ni). Wassalam.






*Jangan kau jadikan perubahan untuk tutup agenda tersembunyi,
Jangan kau jadikan perubahan untuk putuskan impian insani,
Jangan kau jadikan perubahan untuk kepentingan diri,
Jangan kau jadikan perubahan untuk musnahkan harapan,
Jangan kau jadikan perubahan untuk kau nyatakan alasan,
Jangan kau jadikan perubahan yang hanya mampu terlaksana suku jalan,
Jangan kau jadikan perubahan untuk teruskan kesalahan,
Jika "cakap tak serupa bikin", kau belum faham, layak guna frasa PERUBAHAN!

October 9, 2011

oh dear, you want to go away but i still want to ROCKAWAY!


Setelah hampir 9 bulan guwa puasa pergi gig, music fest semua ni, semalam guwa pecah jugak lah rekod tu. Guwa sambut sessi pemecahan rekod tu dengan meletihkan diri kat Rockaway 2011.




Mula-mula fest ni nak panggil Sum41. Guwa dah serabut perut dah time tu. Guwa bukak balik folder lagu-lagu Sum41 dalam laptop. Konon nya nak study balik lah lagu diorang ni, nanti senang lah nak sing-a-long. Tup tup, Sum41 tak jadi datang. So, diorang ganti dengan The Used. Guwa dah macam patah hati dah mula-mula tu tapi pikir balik The Used pun boikk jugak apa. So why not terus kan je. Kena pulak fest ni time guwa tengah cuti sem, baru lepas exam pulak. Memang canteppp sangat lah kan. Tiket presale RM88, macam mahal jugak lah tapi pikir balik 3 bands luar datang; The Used, Story of The Year dengan All Time Low, so agak berbaloi jugak lah. Last day presale tu, guwa dah kelam kabut cari tiket. Call orang sana sini. Nak jadi kan cerita, ada lah kawan guwa ni nak jual tiket dia sebab dia kena pergi Sabah sebab ada wedding. Cantepp sangat lah kan. Pendek cerita, tiket dah settle, transport pun dah ada, terus gerak pergi Bukit Jalil. Gerak dua orang je bhai dengan kawan guwa. Sedih jugak lah kawan-kawan lain tak dapat join.


#list band yang nak perform khas untuk guwa.



Overall guwa bagi 9/10 lah untuk fest ni. Semua local bands ohsemm gila babeng. Nak review satu-satu memang panjang lah sebab semua memang padu!. Band luar tak payah cakap lah, semua lagu diorang crowds tak stop sing-a-long. Memang ohsemm lah kan. Bagi guwa, part paling best Story of The Year main time lagu Until The Day I Die. Tangkap sampai ke tulang bhai. Paling unta sekali time vokalis All Time Low; Alex cakap Melayu, "Buleh saya sentuh payudara awak?". #well, at least they learn some Malay words. Time The Used main, guwa tengok je. Malas nak masuk pit, takut lah injured ke apa. Dah lah guwa nak drive balik nanti. Orang panggil play-safe lah kan. Hahahahaha. Apa-apa hal, thanks to One Buck Short for making this fest happened.


#muka eksited lah konon.


#tukang galas beg time guwa masuk pit. hahahaha





Penat tak habis lagi, sambung tidur dulu. Next war, Petersaysdenim Invasion Tour!






September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :))




Raya tahun ni taktau nak cakap macam mana. Ada rasa best, bosan, kelam kabut pun ada jugak. Raya tahun ni giliran beraya kat kampung ayah lepas tu balik beraya kat kampung mak raya pada ketiga. Raya kelima balik Rawang jumpa kawan-kawan. Esok balik dah balik Penang sebab start kelas. Alahai, malasnyaaaa. Okay, malas nak tulis banyak,


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN. :)








ehemmm. :)